DELUSI : SUATU KEPERCAYAAN PALSU
DELUSI : SUATU KEPERCAYAAN
DELUSI : Pembentukan kepercayaan terhadap sesuatu perkara yang palsu atau tidak benar.
Seseorang yang mempunyai Delusi turut dikategorikan sebagai individu yang mempunyai masalah kesihatan mental selain Neurosis, Psikosis, Kecelaruan Personaliti dan Halusinasi.
Individu yang mempunyai Delusi adalah individu yang terpisah dengan realiti. Mereka akan sering mengatakan sesuatu yang tidak dapat dibuktikan pada zahirnya. Hanya dirinya sendiri yang dapat melihat dan merasakan sesuatu perkara kerana ia merupakan kepercayaan yang telah dibentuk dalam dirinya.
Delusi juga merupakan simptom kepada masalah Bipolar dan Skizofrenia.
PUNCA DELUSI
Terdapat banyak perkara yang boleh menyumbang kepada Delusi. Antaranya:
GENETIK
Perkara ini boleh berlaku jika terdapat sejarah ahli keluarga yang mempunyai masalah Skizofrenia dan Delusi.
GANGGUAN BAHAN KIMIA DALAM OTAK
Punca ini biasanya dikaitkan dengan individu yang menyalahgunakan bahan seperti dadah dan alkohol. Kebiasaanya individu tersebut akan akan mengalami kemurungan dan kebimbangan yang melampau.
TRAUMA
Sesuatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan sehingga menjejaskan psikologi. Trauma juga sering dijadikan alasan bagi individu menggunakan bahan terlarang.
PSIKOLOGI
Tekanan atau bebanan yang dihadapi juga boleh menjadi salah satu faktor kepada Delusi. Perasaan cemburu, terasing daripada sosial, keadaan sosial ekonomi yang rendah, perasaan rendah diri juga merupakan faktor yang mencetuskan Delusi.
RAWATAN DELUSI
Tiada rawatan yang khusus yang terbukti menyembuhkan Delusi secara total. Kebiasaannya individu yang mengalami Delusi hanya akan menjalani sesi rawatan Psikoterapi secara berkala bersama pakar bertauliah.
Namun, tidak ramai yang mendapatkan rawatan kerana kebanyakan mereka tidak menyedari yang mereka menghidapi masalah kerana mereka tidak tahu yang kepercayaan mereka adalah salah.
Kebiasaannya mereka akan mula mendapatkan rawatan apabila mereka mengalami masalah lain seperti kemurungan dan keresahan melampau.
TAHUKAH ANDA.......RAMAI DIANTARA MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KESIHATAN MENTAL MULA MENGGUNAKAN DADAH DAN RAMAI PENAGIH DADAH MENGALAMI MASALAH MENTAL SETELAH MENGGUNAKAN DADAH?
Terdapat banyak kajian kes yang menunjukkan bahawa individu yang mula menggunakan dadah adalah setelah mereka didiagnos mempunyai masalah kesihatan mental.
Mereka mula menggunakan dadah dengan alasan merawat penyakit mental yang mereka alami. Namun sebenarnya mereka telah menambahkan diagnosis penyakit mereka sehingga mereka digelar sebagai PESAKIT DUAL-DIAGNOSIS.
KAJIAN KES
Seorang lelaki India berusia 35 tahun merupakan pengguna dadah sering mengatakan bahawa dirinya telah dianiaya oleh isteri beliau dan isterinya juga telah berpakat dengan jiran-jiran melaporkannya kepada pihak berwajib (Polis). Dirinya turut menegaskan telah menggunakan dadah bagi tujuan berjaga malam untuk menyiasat perkara tersebut.
Antara kepercayaan yang sering dinyatakan:
1. Isteri mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan sering merasa cemburu terhadap isteri.
2. Sering merasakan lelaki lain memasuki rumah kediaman untuk berjumpa dengan isterinya.
3. Telefonnya telah digodam.
4. Jiran rumahnya sering memantau pergerakannya.
Kepercayaan ini sering diceritakan kepada orang-orang sekeliling. Laporan polis dan SKMM turut dilakukan namun telah disahkan bahawa laporan (Report) yang dilakukan tersebut adalah palsu.
Walaupun telah dibuktikan individu tersebut masih dengan kepercayaan yang tidak benar dan tidak boleh disangkal walaupun telah dibuktikan ketidak sahihan kepercayaan tersebut.
Hasil kajian mendapati individu ini pernah mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tulang belakang akibat kemalangan jalan raya sehingga tidak dapat bekerja dalam tempoh yang lama dan rumah kediamannya telah dilelong. Peristiwa ini dilihat sebagai trauma yang dialami disamping pengambilan dadah pada waktu yang sama.
INTERVENSI
1. KAUNSELING KELUARGA
: Pendidikan mengenai Delusi, perbincangan dan latihan komunikasi dilaksanakan.
2. TERAPI TINGKAHLAKU
: 'Individu akan meninggalkan pemikiran dan tingkahlaku negatif dan belajar mengamalkan pemikiran dan tingkahlaku positif'.
Ulasan
Catat Ulasan